Wednesday, September 19, 2018

Permohonan Menyertai Program Pertukaran Guru Korea - Malaysia (KOMTEP) 2018

Assalamualaikum semua!

Okeyy alang-alang dah di Korea ni nak cerita sikit tentang macam mana boleh terlibat dengan program ni. Actually lepas cuti pertengahan penggal 1 Mac aritu, my principal ada buat pengumuman dalam group telegram rasmi sekolah tentang tawaran program ni. Awalnya I'm so excited nak apply tapi bila memikirkan anak-anak masih kecil, hilang rasa excited tu huhuhu... Andai kata kalau dapat, kesian kat wife nak take care all of my kids for 3 months. Balik dari sekolah, I saja sembang-sembang dengan wife tentang program ni...and she ask me "Eh, nape you xnak mohon? I rasa you akan terpilih sebab I kenal suami I"!! Hamboihh dia punya yakin.. tapi itulah once of my wife's sense.. selalunya apa yang dia cakap tu menjadi realiti.. Mungkin betul apa yang orang cakap kadang-kadang doa seorang isteri yang solehah ni akan dimakbulkan huhu..

Surat Tawaran Program KOMTEP 2018

So, bila sampai rumah I terus isi borang permohonan dan sediakan segala dokumen yang diperlukan. Esoknya berjumpa dengan pengetua untuk dapatkan pengesahan serta sokongan dan I rasa sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang pengetua yang sangat supportive!! She support me more than 100% dan mendoakan I lulus permohonan ni.. Hurmm sebelum terlupa, pemohon wajib memenuhi syarat kelayakan asas yang diberi. So, I listkan serba sedikit syarat-syarat yang telah ditetapkan:
  1. Berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak kurang dari 5 tahun. 
  2. Berumur tidak melebihi 50 tahun.
  3. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan, kebudayaan atau kesenian.
  4. Boleh berkomunikasi dengan fasih dan menulis dengan baik dalam bahasa inggeris.
  5. Mempunyai tahap literasi komputer yang baik.
  6. Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
  7. Mendapat kebenaran pasangan bagi pemohon yang telah berkahwin.
  8. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut.
Haaa, so itulah antara sebahagian syarat-syaratnya. Actually banyak lagi syarat-syarat yang telah ditetapkan tapi I senaraikan yang asas sahaja. Alhamdulillah, I melepasi syarat-syarat tersebut dan kekuatan I bila mempunyai sijil penyertaan Program "Asia Youth Camp For Future" yang I join pada tahun 2007 di Seoul, Korea. 

Berbalik kepada permohonan yang dibuat, selepas selesai semua persiapan dokumen dan borang-borang permohonan, I terus hantar by hand ke Bahagian Pengambilan KOMTEP 2018, Sektor Dasar Keguruan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya. Actually masa hantar ni 3 hari sebelum dateline huhu.. sebab tu hantar by hand je (nasib baik dekat dengan Putrajaya)...  Kalau tak silap hantar borang tu 30 Mac 2018 (Jumaat) sebab masih ingat lagi lepas selesai solat jumaat, terus memecut laju ke Putrajaya sebab takut tak sempat! So lepas hantar segala dokumen, terus balik.. dalam hati cuma fikir kalau Allah nak bagi rezeki InsyaAllah dapat.. So, I teruskan aktiviti seperti biasa sambil menunggu respon seterusnya.......... Interview? I will story mory with uols in my next post!!

Cikgu Fafau
19.09.2018 - 12.33 pm

Tuesday, September 18, 2018

Selamat Datang ke Blog Cikgu Fafau

Assalamualaikum & Selamat Datang!!!

First of all, terima kasih kepada semua yang menyinggah di Blog Cikgu Fafau ni. Sebenarnya, hajat untuk menulis semula blog ni dah lama tapi dek kerana kekangan masa dan kesibukan yang melampau, terpaksalah mencari masa yang sesuai.. cewah!! Mungkin ada yang masih ingat dengan blog lama saya "Farish Farisha" yang sangat aktif pada tahun 2006 hingga 2010. Ada yang bertanya kenapa akaun blog tersebut ditutup, dah taknak blogging ke lepas jadi cikgu... bla bla bla bla.. Hurmm, sebenarnya kes yang berlaku pada hujung tahun 2010 telah menyebabkan saya berasa tawar hati untuk terus berkongsi cerita menerusi penulisan blog saya. Kes apa?? Biarlah ia menjadi 1001 kenangan yang manis dan pahit dalam diri saya haha.. 

Yang penting sekarang saya telah tampil dengan semangat baru.. mungkin sebab dah lama tak menulis, maka semangat tu lain macam sikit haha.. Menerusi blog ni, saya akan tetap sama seperti dulu berkongsi tentang pelbagai cerita yang menarik terutamanya dalam bidang pendidikan, cerita-cerita tentang backpackers, melancong sana sini, kisah tentang kehidupan dan banyak lagi! Pendek kata apa yang terlintas di fikiran untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan, maka akan terus dipaparkan hahaha.. Semoga perkongsian dalam blog ini dapat memberikan input yang bermanfaat kepada pembaca InsyaAllah. Terima kasih!!

Cikgu Fafau
18.09.2018 - 2.41 am