Assalamualaikum & Selamat Datang!!!
First of all, terima kasih kepada semua yang menyinggah di Blog Cikgu Fafau ni. Sebenarnya, hajat untuk menulis semula blog ni dah lama tapi dek kerana kekangan masa dan kesibukan yang melampau, terpaksalah mencari masa yang sesuai.. cewah!! Mungkin ada yang masih ingat dengan blog lama saya "Farish Farisha" yang sangat aktif pada tahun 2006 hingga 2010. Ada yang bertanya kenapa akaun blog tersebut ditutup, dah taknak blogging ke lepas jadi cikgu... bla bla bla bla.. Hurmm, sebenarnya kes yang berlaku pada hujung tahun 2010 telah menyebabkan saya berasa tawar hati untuk terus berkongsi cerita menerusi penulisan blog saya. Kes apa?? Biarlah ia menjadi 1001 kenangan yang manis dan pahit dalam diri saya haha..
Yang penting sekarang saya telah tampil dengan semangat baru.. mungkin sebab dah lama tak menulis, maka semangat tu lain macam sikit haha.. Menerusi blog ni, saya akan tetap sama seperti dulu berkongsi tentang pelbagai cerita yang menarik terutamanya dalam bidang pendidikan, cerita-cerita tentang backpackers, melancong sana sini, kisah tentang kehidupan dan banyak lagi! Pendek kata apa yang terlintas di fikiran untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan, maka akan terus dipaparkan hahaha.. Semoga perkongsian dalam blog ini dapat memberikan input yang bermanfaat kepada pembaca InsyaAllah. Terima kasih!!
Cikgu Fafau
18.09.2018 - 2.41 am
No comments:
Post a Comment