Assalamualaikum semua!
Okeyy alang-alang dah di Korea ni nak cerita sikit tentang macam mana boleh terlibat dengan program ni. Actually lepas cuti pertengahan penggal 1 Mac aritu, my principal ada buat pengumuman dalam group telegram rasmi sekolah tentang tawaran program ni. Awalnya I'm so excited nak apply tapi bila memikirkan anak-anak masih kecil, hilang rasa excited tu huhuhu... Andai kata kalau dapat, kesian kat wife nak take care all of my kids for 3 months. Balik dari sekolah, I saja sembang-sembang dengan wife tentang program ni...and she ask me "Eh, nape you xnak mohon? I rasa you akan terpilih sebab I kenal suami I"!! Hamboihh dia punya yakin.. tapi itulah once of my wife's sense.. selalunya apa yang dia cakap tu menjadi realiti.. Mungkin betul apa yang orang cakap kadang-kadang doa seorang isteri yang solehah ni akan dimakbulkan huhu..
Surat Tawaran Program KOMTEP 2018
So, bila sampai rumah I terus isi borang permohonan dan sediakan segala dokumen yang diperlukan. Esoknya berjumpa dengan pengetua untuk dapatkan pengesahan serta sokongan dan I rasa sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang pengetua yang sangat supportive!! She support me more than 100% dan mendoakan I lulus permohonan ni.. Hurmm sebelum terlupa, pemohon wajib memenuhi syarat kelayakan asas yang diberi. So, I listkan serba sedikit syarat-syarat yang telah ditetapkan:
- Berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak kurang dari 5 tahun.
- Berumur tidak melebihi 50 tahun.
- Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan, kebudayaan atau kesenian.
- Boleh berkomunikasi dengan fasih dan menulis dengan baik dalam bahasa inggeris.
- Mempunyai tahap literasi komputer yang baik.
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
- Mendapat kebenaran pasangan bagi pemohon yang telah berkahwin.
- Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut.
Berbalik kepada permohonan yang dibuat, selepas selesai semua persiapan dokumen dan borang-borang permohonan, I terus hantar by hand ke Bahagian Pengambilan KOMTEP 2018, Sektor Dasar Keguruan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya. Actually masa hantar ni 3 hari sebelum dateline huhu.. sebab tu hantar by hand je (nasib baik dekat dengan Putrajaya)... Kalau tak silap hantar borang tu 30 Mac 2018 (Jumaat) sebab masih ingat lagi lepas selesai solat jumaat, terus memecut laju ke Putrajaya sebab takut tak sempat! So lepas hantar segala dokumen, terus balik.. dalam hati cuma fikir kalau Allah nak bagi rezeki InsyaAllah dapat.. So, I teruskan aktiviti seperti biasa sambil menunggu respon seterusnya.......... Interview? I will story mory with uols in my next post!!
Cikgu Fafau
19.09.2018 - 12.33 pm

No comments:
Post a Comment